ACP Nik Ezanee Mohd Faisal

KUALA LUMPUR – Gara-gara membuat laporan palsu, seorang wanita tempatan menerima akibat apabila dia disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan ditambah bersama Seksyen 182 Kanun keseksaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya telah menerima laporan berhubung kejadian samun oleh seorang wanita ketika berada di perhentian bas di hadapan Apartmen Tiara Damansara semalam.

Menurut pengadu, dia disamun oleh dua orang suspek menyebabkan gelang dan dan cincinnya hilang.

Bertindak atas maklumat, polis telah menjalankan siasatan lanjut dan mendapati pengadu sebelum ini banyak membuat laporan polis disamun.

Nik Ezanee berkata, pengadu telah dibawa ke lokasi kejadian tetapi tidak dapat menunjukkan bagaimana dan tempat sebenar berlaku.

”Siasatan lanjut telah dilakukan terhadap pengadu dan dia mengaku kejadian samun itu tidak berlaku sama sekali. Laporan polis yang dibuat itu juga tidak benar.

”Pengadu membuat laporan polis kerana bimbang dimarahi oleh ibunya memandangkan barang kemas tersebut yang diberikan ibunya telah hilang,” katanya.

Nik Ezanee polis memandang serius perbuatan ini dan mengingatkan orang ramai agar tidak sesuka hati membuat laporan polis hanya kepentingan peribadi semata-mata.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast