KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel bagi tempoh 31 Oktober 2020 sehingga 6 November kekal.

Untuk itu, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM1.94 seliter, RON95 (RM1.64 seliter) dan diesel (RM1.74).

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette