KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Nor Adam ditahan selepas membuat Facebook (FB) Live di sini malam tadi.
“Mohon hantar peguam ke JSJT (Jabatan Siasatan Jenayah Terkelas) Bukit Aman, jumpa IO Inspektor Nasir. Saya ditahan di bawah Seksyen 506 (Kanun Keseksaan),” tulisnya dalam media sosialnya malam tadi.
Sebelum itu, beliau membuat FB Live mengulas isu semasa termasuk mengkritik Perikatan Nasional di Restoran Jom Sate KL miliknya dia Jalan Putra di sini.
Sementara itu, polis mengesahkan Lokman ditahan.
Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan perkara itu seperti dipetik dari Sinar Harian hari ini.
Beliau juga memaklumkan kenyataan lanjut mengenainya akan dibuat oleh Pengarah JSJ, Datuk Huzir Mohamed.- MalaysiaGazette
Moga dipermudahkan segala urusan.
Hihihihi