Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Universiti Putra Malaysia menyalurkan bantuan serta mengecualikan bayaran bagi beberapa perkara untuk meringankan beban pelajar tempatan dan antarabangsa yang terkesan akibat penularan Covid-19.

Bagi merealisasikan hasrat ini pihak universiti telah memperkenalkan Pakej UPM Prihatin dengan memperkenalkan beberapa insentif, kata Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasinya,
Profesor. Dr. Daud Ahmad Israf Ali.

Antaranya, pakej Meal Plan yang sebelum ini diwajibkan akan dipulangkan semula kepada pelajar dengan melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.4 juta.

Pakej UPM Prihatin juga turut memberikan pengecualiaan bayaran penginapan kepada semua pelajar yang menginap di dalam kampus sepanjang semester 1 sesi 2020/2021 bermula Oktober 2020 sehingga Februari 2021 yang membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM6.65 juta.

Menurut beliau, pelajar UPM turut mendapatkan pengurangan yuran kolegiat dan perkhidmatan sebanyak 15 peratus dengan jumlah pulangan melibatkan kos sebanyak RM1.31 juta.

Selain daripada itu bantuan kewangan turut disediakan bagi pelajar yang kurang berkemampuan melalui pakej UPM Prihatin. Kumpulan pelajar asnaf dan B40 akan memperolehi manfaat dengan dana yang disediakan oleh pihak Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dengan peruntukan disediakan sebanyak RM1.5 juta

Bantuan Pelan data sebanyak 40 GB dan Peranti turut disediakan bagi golongan asnaf dan B40 yang sebelum ini terpaksa meminjam, berkongsi ataupun ke pusat internet bagi mengikuti kelas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara dalam talian

Ujar beliau, Pakej UPM Prihatin turut menyediakan bantuan tele-kaunseling secara percuma kepada mana-mana pelajar yang memerlukan bimbingan daripada Bahagian Kaunseling UPM.

UPM turut membatalkan Skim Book Plan turut dilakukan dengan melibatkan pelajar prasiswazah tempatan baharu dengan kos yang terlibat sebanyak RM300 ribu.

Pihak universiti berharap Pakej UPM Prihatin ini dapat meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar yang terkesan pada ketika ini serta dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast