TERKINI : Dua Beranak Mengaku Tak Bersalah Cemar Sungai Gong di Mahkamah

Dua pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari iniĀ atas tuduhan melakukan khianat dengan melupus dan melepaskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya ke Sungai Gong, Rawang.

Dua pengarah syarikat yang juga anak-beranak iaitu Chai Kin Siang, 62 dan Chai Wern Teik, 31 mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.