full scale MCO Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. parliament sitting Malaysia
Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020.

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk mengadakan persidangan Dewan Rakyat secara maya berikutan penularan pandemik Covid-19 ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kaedah itu boleh dilaksanakan dengan hanya melakukan pindaan terhadap Peraturan Mesyuarat dan tidak memerlukan Rang Undang-Undang.

“Tidak perlu kita bawa Rang Undang-undang (RUU), kita hanya perlu pinda Peraturan Mesyuarat sahaja,” katanya ketika menjawab cadangan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) di Dewan Rakyat di ini hari ini.

Beliau mencelah ketika Takiyuddin mengemukakan  usul menghentikan kuat kuasa beberapa Peraturan Mesyuarat berikutan perubahan yang dilaksanakan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19.

Fauziah meminta penjelasan adakah Dewan Rakyat perlu meluluskan satu RUU jika mahu membuat persidangan melalui platform digital atau secara maya.

Sebelum itu, Takiyuddin mengemukakan usul mencadangkan persidangan Dewan Rakyat berlangsung mulai pukul 10 pagi hingga 2 petang bermula Isnin depan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 12(1) dan disokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau turut mengemukakan usul menghentikan kuat kuasa beberapa Peraturan Mesyuarat antaranya Peraturan 16(6) bagi membolehkan persidangan Kamar Khas diawalkan kepada jam 12 tengah hari hingga 2 petang. –  MalaysiaGazette