Petugas Sunway Medical Centre melakukan proses ujian saringan Covid-19 melalui Cov Shield kepada orang ramai yang hadir bagi membuat saringan bersasar bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sunway Medical Centre, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 23 OKTOBER 2020

KUALA LUMPUR – Walaupun kes positif Covid-19 masih meningkat, namun menurut data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan zon merah dan zon jingga didapati berkurangan, semalam.

Zon merah di Sabah didapati berkurangan daripada 16 zon kepada 15 apabila daerah Kinabatangan dikategorikan sebagai zon jingga.

Kinabatangan memcatatkan pengurangan kes daripada 47 kes kepada 37 kes positif Covid-19.

Bagaimanapun, Sabah masih lagi mencatatkan zon merah tertinggi dengan 15 zon lagi iaitu di Kota Kinabalu dengan 3,123 kes diikuti Tawau dengan 1,300 kes.

Sandakan (1,259), Lahad Datu (350), Tuaran (345), Penampang (280), Putatan (243), Semporna (221), Kudat (268), Papar (247), Keningau (184), Kota Belud (114), Kunak (71), Beaufort (43), dan Kota Marudu (45).

Di Semenanjung, Seremban mencatatkan kes tertinggi dengan 549 kes diikuti daerah Hulu Langat (502), diikuti Petaling dengan 448 kes.

Antara lain adalah daerah Timur Laut, Pulau Pinang (137), Kota Setar (100), Seberang Perai Selatan (234), Klang (281), Sepang (313), Gombak (104), Kuala Langat (154), Titiwangsa (62), Johor Bharu (57), daerah Barat Daya Pulau Pinang (51), Kepong (50), Cheras (42), dan Labuan 586 kes.

Sementara itu Kuching, Sarawak mencatatkan satu-satunya zon merah di negeri itu dengan mencatatkan 124 kes positif Covid-19.

Zon jingga turut berkurang daripada lima kawasan pada Rabu kepada empat kawasan semalam.

Zon itu adalah Dungun (21), Putrajaya (22), Kinatangan (37) dan Ranau dengan 27 kes.

Negeri Perlis masih mencatatkan kosong kes positif Covid-19 manakala Pahang mencatatkan 3 kes iaitu masing-masing sartu kes di Kuantan, Maran dan Temerloh.

Kelantan pula 6 kes iaitu di daerah Jeli (4) dan Machang (2), Melaka pula dengan 16 kes (Jasin 1 kes, Melaka Tengah 15 dan Alor Gajah dengan kosong kes).

Terengganu pula ada 30 kes dengan 21 daripadanya di Dungun dan 9 kes di Marang sementara Perak pula mencatatkan 66 kes positif Covid-19 dan Johor dengan 74 kes. – MalaysiaGazette