KUALA LUMPUR – Pertumbuhan ekonomi global diunjur kembali kukuh pada tahun depan.

Pemulihan ini dijangka didorong oleh permintaan domestik dan eksport yang mantap dalam kalangan negara maju dan EMDE, menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2021.

Bagaimanapun, risiko kepada ekonomi global masih berterusan.

Pertumbuhan berkemungkinan terjejas akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat-China yang kembali memuncak, ketidakpastian hasil Brexit dan ketegangan geopolitik meluas.

Harga minyak yang berterusan rendah dan krisis perubahan iklim yang semakin serius, juga kemungkinan menggugat pemulihan.

Selain itu, ruang fiskal terhad dan hutang kerajaan yang meningkat secara mendadak boleh mengekang pertumbuhan.

Meskipun begitu, ekonomi global dijangla kekal pada trajektori pertumbuhan yang positif dengan pelaksanaan langkah fiskal dan monetari untuk mempertingkat keyakinan pengguna dan pelabur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast