Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan persiapan sebelum melakukan kerja-kerja disinfeksi pada Operasi Nyahkuman susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19 di Zoo Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 17 APRIL 2020.

KUALA LUMPUR – Bagi menambah baik kemudahan anggota perkhidmatan awam, kerajaan menaikkan elaun RM6 kepada RM8 sejam untuk lebih 1,900 pegawai bomba bantuan mulai tahun depan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, kerajaan turut memperkenalkan Skim Perlindungan Kemalangan Diri percuma sehingga RM100,000 kepada peminjam baharu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam bagi tahun 2021 dan 2022.

Baki menghargai keringat kepahlawanan dan bakti pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian one-off sebanyak RM500 kepada 40,000 penerima. – MAlaysiaGAzette