Joe Biden. foto Agensi

WASHINGTON – Calon presiden Demokrat Joe Biden masih mendahului di Georgia, tetapi kedudukan mungkin boleh berubah, kata pengurus sistem pengundian Georgia Gabriel Sterling dalam satu sidang media pada Jumaat.

“Ya, Biden di depan dengan 1,585 undi tetapi ia mungkin berubah dalam beberapa hari lagi … sama ada dia terus mendahului atau Presiden Donald Trump pula di depan.

“Masih ada masa dan kertas undi universal mungkin akan mengubah kedudukan itu,” kata Sterling lapor agensi berita Sputnik.

Georgia mempunyai 16 undi elektoral dan kali ini dianggap antara negeri yang menyaksikan persaingan sengit dan boleh memberikan keputusan luar jangka walaupun rekod kemenangan konsisten untuk Republikan.

Demokrat menaruh harapan untuk merampas Georgia buat pertama kalinya sejak 1992.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast