Ibu Aaron Aziz, Allahyarham Juriana Jaafar.

KUALA LUMPUR – Ibu pelakon popular, Datuk Aaron Aziz meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Singapura, kelmarin.

Pelakon drama rantaian Jalan Sesat Ke Syurga itu turut berkongsi berita duka pemergian ibunya, Juriana Jaafar di Facebook dan Instagram.

“Innalillahwainailaihirojiuun. Ya Allah ambillah pahala daripada ibadat umrahku serta selamatkanlah ibuku dari seksa kubur dan api neraka. Ambillah segala kerja amalku untuk menemani ibu di Alam Barzakh.

“Tempatkanlah ibuku di antara hamba hamba Mu yang akan menikmati Jannahtul Firdaus A’la. Allahummaghfirlaha warhamha wa’afihi wa’fuanha. Saya sayang ibu lebih daripada segala-galanya di dunia ini,” katanya.

Sebelum ini, pemenang dua kali Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ini sering berkongsi keadaan kesihatan arwah serta memohon doa agar ibunya pulih seperti sedia kala.

Sementara itu, isteri Aaron, Datin Diyana Halik mengesahkan punca kematian ibu mentuanya, Juriana disebabkan serangan jantung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast