Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memperhalusi dan menambah baik kemudahan pengeluaran tambahan seperti yang telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 baru-baru ini.

Semua pandangan dan input dari pelbagai pihak berkepentingan sedang dalam proses pertimbangan, kata KWSP dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, kemudahan ini perlu dibuat berdasarkan satu perincian secara teliti bagi mengimbangi keperluan ahli menangani cabaran semasa dan memastikan simpanan
persaraan untuk kesejahteraan masa hadapan.

Perincian dan syarat-syarat kemudahan pengeluaran tambahan ini akan dibuat dalam masa terdekat setelah keputusan akhir dimuktamadkan, katanya lagi. – MalaysiaGazette