Selangor menewaskan Melaka 2-1 sekaligus melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia.

KUALA LUMPUR –  UiTM FC mara ke suku akhir saingan Piala Malaysia selepas menewaskan Kelantan, 3-2 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di Perak malam tadi.

UiTM FC menukar venue di Stadium MPM kerana arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang.

Pada aksi suku akhir nanti UiTM FC akan bertemu juara Liga Perdana, Pulau Pinang.

Sementara itu, Selangor turut mara ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Melaka 2-1 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput.

Turun sebagai tuan rumah nyata membakar semangat pemain Merah Kuning untuk bertindak garang walaupun aksi di venue yang menjadi lokasi Melaka sebagai gelanggang utama.

Bagaimanapun, Melaka pantas bertindak untuk menyamakan kedudukan namun percubaan Uche Agba pada minit ke-35 berjaya diselamatkan penjaga gol Khairul Azhan Mohd Khalid.

Namun pada minit ke-52 Sandro Da Silva menebus kehampaan dengan jaringan buat pasukannya selepas menerima hantaran Ifedayo.

Ketinggalan dua gol meningkatkan kesungguhan Melaka untuk kembali bangkit menerusi jaringan Uche Agba pada minit ke-63 selepas menerima hantaran pemain gantian Ahmad Syamim Yahya. – MalaysiaGazette