Joe Biden. foto NBC

WASHINGTON – Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu dipilih merayu rakyat negara ini memakai pelitup muka.

Katanya, pemakaian itu adalah cara terbaik membendung pandemik Covid-19.

Biden berkata, AS akan menghadapi musim sejuk yang getir dan gelombang terburuk Covid-19.

Oleh itu, tegasnya, penduduk AS harus mengetepikan perbezaan politik untuk mengatasi Covid-19.

Biden telah menamakan pasukan petugas baharu dan berikrar untuk “mengikuti sains” dalam membendung wabak Covid-19.

Meskipun kemenangannya dicabar oleh Donald Trump di mahkamah, Biden telah menetapkan rangka tindakan untuk Lembaga Penasihat Covid-19.

Dalam ucapannya menerusi stesen televisyen, Biden berkata: “Saya meminta anda pakai pelitup muka” dan menyebut “satu-satunya perkara paling berkesan yang dapat kita lakukan untuk menghentikan penyebaran Covid”.

Tambahnya, pelitup muka bukanlah pernyataan politik tetapi ini adalah cara yang baik untuk menyatukan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast