Ir. Khairil Nizam

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) melantik Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Ir. Khairil Nizam Khirudin sebagai Ketua Pemuda parti komponen itu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Angkatan Anak Muda (Armada) Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mengucapkan tahniah atas pelantikan itu menerusi akaun Facebooknya, hari ini.

Katanya, Armada Bersatu akan memberi kerjasama penuh kepada agenda pemerkasaan anak muda di bawah kepimpinan Ir. Khairil Nizam.

“Sekalung tahniah kepada Ir Khairil Nizam atas pelantikan sebagai Ketua Pemuda Perikatan Nasional,” tulis beliau.

Ir. Khairil Nizam merupakan bekas Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia pada tahun 2013 hingga 2015, sebelum dilantik sebagai Timbalan DPPM pada 2017 hingga 2019 dan dipilih menerajui kepimpinan peringkat pusat pada Jun tahun lalu menggantikan Muhammad Khalil Abdul Hadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast