TERKINI : Mayat Lelaki Tanpa Organ Dalaman Dijumpai Terapung Di Lombong – ACP Wan Kamarul

Mayat seorang lelaki tanpa seurat benang ditemui terapung di sebuah lombong berhampiran Kampung Orang Asli Bukit Dugang, Dengkil di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan orang awam kira-kira jam 3 petang memaklumkan penemuan berkenaan. Tambahnya, mayat berkenaan ditemui dalam keadaan tertiarap di bahagian tebing lombong berkenaan.