Zaleha Ismail

KUALA LUMPUR – Bekas menteri dan veteran UMNO, Tan Sri Zaleha Ismail meninggal dunia di Hospital Tawakal di sini malam ini.

Allahyarhamah meninggal dunia pukul 8. 34 malam dan jenazah dalam pengurusan untuk dibawa ke Taman Perwira Satu, Gombak.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota jam 10 pagi esok.

Allahyarham pernah dilantik Menteri Perpaduan Negara dan Masyarakat; dan Timbalan Menteri Pengangkutan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast