Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Sesiapa sahaja boleh melakukan pengkhianatan terhadap termasuklah pemimpin tertinggi parti, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu berkata, pengkhianatan terhadap mana-mana parti boleh berlaku dalam semua sejarah perjuangan termasuklah dalam perjuangannya dalam partinya.

“Kalau Timbalan Presiden UMNO pun macam itu jugak, kalau Timbalan Presiden Pas pun macam itu juga (mungkin berlaku pengkhianatan).

“Persoalannya tidak kira siapa, ini bukan soal peribadi tanya untuk apa, khianat yang bagaimana. Apa yang mereka rebut dan lihat kehidupan dan kekayaan seseorang itu,” katanya merujuk kepada pengkhianatan bekas orang kanannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Anwar berkata demikian dalam program khas MalaysiaGazette, Owh!MG yang disiarkan pada Ahad lalu.

Mohamed Azmin bertindak meninggalkan PKR pada Februari lalu bersama-sama 10 lagi ahli Parlimen parti itu yang kemudiannya menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perbentukan kerajaan Perikatan Nasional.

Mohamed Azmin ketika itu adalah orang nombor dua parti yang memegang jawatan Timbalan Presiden PKR.

Justeru, Anwar berharap agar pengundi boleh menilai perbuatan khianat itu yang dilakukan orang kepercayaannya sebelum ini.

“Semua ini orang boleh buat penilaian. Jangan pandang enteng kebijaksanaan rakyat, mereka mungkin tidak akan bicara lantang tapi saya yakin orang akan faham,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pelbagai punca boleh difikirkan mengenai pengkhianatan yang dihadapinya sepanjang perjalanan poltiknya.

Umpan kekayaan, ugutan dan sudah mencampakkan prinsip perjuangan antara yang beliau dakwa menyebabkan mereka sanggup melakukan pengkhianatan tersebut.

“Biasalah, orang ini kadang-kadang pertahankan prinsip, kadang-kadang cari makan, kalah kerana ugutan. Ada yang kuat sampai masuk penjara tapi keluar terbalik 180 darjah turn over (berubah).

“Yang keduanya daripada tidak ada duit di tepi jalan, sekarang naratifnya berubah bila dapat imbuhan dengan rumah, kereta dia berubah tapi tidak hairan dalam sejarah Pas pun berapa presidennya yang keluar parti, berapa timbalan presiden parti yang keluar parti,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. anwar p…t sedar diri juga pengkhianat reformasi pkr setiap minggu dan bulan sebeum dipenjara…ramai yang cedera/pengsan harta awam musnah tikab bertarung gas pemdih mata cota DAN ditangkap… perniagaan terjejas jadi tandatanya pelancong asing tika itu .KHIANAT pada parti yang ditubuhkan hanya utk keadilan batang tubuhnya…cium jilat muntah kencing mahathir semata2 nak jadi pm….SATU JARI PADA ORANG LAIN…4 JARI PADA DIRI SENDIRI,,,saya ULANG saya ULANG

  2. Azmin khianat sbb dia tahu ketua parti akan khianat padanya. Dlm banyak2 sejarah khianat, takde sapa boleh lawan Anwar. Mangsa khencing berkali kali dlm sejarah politik..

Comments are closed.