TERKINI : FIKS Bantu Kerajaan Capai Matlamat Kadar Kitar Semula – Zuraida Kamaruddin

Kewujudan Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) yang pertama di Malaysia mampu membantu kerajaan mencapai matlamat bagi meningkatkan sasaran kadar kitar semula melebihi 40 peratus menjelang tahun 2025.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, sehingga kini hampir 32 peratus sasaran telah dicapai dan menjangkakan perkara sama pada tahun depan.

“Kira-kira 40 peratus mungkin mudah dicapai bagi saya, Insya-Allah dalam masa terdekat pada tahun 2021.

Kewujudan FIKS ini bukan sahaja memudahkan masyarakat setempat tetapi juga lokasi untuk dikunjungi.