TERKINI : Muhyiddin Umum Darurat di Batu Sapi, Sabah

Kerajaan Persekutuan memberi jaminan bahawa kehidupan rakyat dan pengundi di Parlimen Batu Sapi, Sabah tidak akan terjejas dengan pengisytiharan darurat yang diumumkan Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, langkah itu diambil hanyalah bertujuan untuk membatal dan menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi demi melindungi nyawa rakyat daripada pandemik Covid-19.