Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki memberikan jaminan akan menyiasat dakwaan penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada Tan Sri berkenaan yang dijual dibawah harga pasaran.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata jaminan itu diberikan Azam ketika pertemuan hampir satu jam di Ibu Pejabat SPRM, pagi ini.