Bangunan Parlimen Malaysia. foto HAZROL ZAINAL.

KUALA LUMPUR – Pemimpin PKR dan DAP memberitahu bahawa mereka mungkin tidak menyokong kelulusan Bajet 2021 di Parlimen pada minggu depan jika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak melakukan pengubahsuaian yang berpatutan.

Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, Belanjawan 2021 masih dibahaskan di Parlimen dan pengundian mengenai kelulusannya dijangka berlaku seawal 25 November atau Rabu depan.

Beliau berkata, DAP pada masa ini masih menunggu Perdana Menteri untuk mengadakan mesyuarat dengan parti itu.

“Kerajaan Perikatan Nasional masih ada masa untuk melakukan penilaian dan pengubahsuaian,” katanya kepada Sinchew Daily.

Kok Wai berkata, DAP mungkin tidak menyokong jika bajet itu tidak menepati cadangan utama dan pendirian parti itu serta tidak dapat membantu rakyat menghadapi keadaan sukar semasa.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, partinya tidak akan menyokong jika kandungan bajet tersebut tidak diubah suai.

“Jika enam perkara tidak diubah, maka kami tidak akan menyokong,” katanya.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, enam perkara yang diminta Pakatan Harapan tidak diumumkan dalam pembentangan Bajet 2021, tetapi cuma disebut secara tidak langsung.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas,  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau akan menyokong kelulusan Bajet 2021 , tetapi ia harus memenuhi syarat yang disuarakan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib sebelum ini dilaporkan mengenakan dua syarat iaitu membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan RM10,000 untuk tujuan kecemasan dan membenarkan moratorium bayaran pinjaman dilanjutkan kepada 30 Jun tahun depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Sekejap jd hero rakyat. Sekejap jd algojo rakyat. Semua wayang ja demi rakyat, sbb yg betulnya gila kuasa dan jawatan.

  2. Bagus! Jika Bajet 2021 PN ditolak, maka Agong akan ada alasan untuk memperkenankan permintaan Kerajaan PN untuk ishtiharkan darurat diseluruh Malaysia bagi memerangi Wabak Virus Cina Komunis aka Covid19 yang turut melibatkan penggantungan parlimen selama lebih kurang setahun.!

Comments are closed.