Sama ada pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lanjutan moratorium pinjaman secara automatik dan pukal dibenarkan atau tidak, semuanya terpulang kepada Kerajaan Persekutuan.
Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sudah berbahas dalam Parlimen dan membuat beberapa posting dalam Facebook untuk menjelaskan secara terperinci berhubung dua keperluan rakyat ini.