KUALA LUMPUR – Tiga pegawai Imigresen merupakan antara 20 individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara menerusi Op Selat.

Ia termasuk seorang pegawai kanan berjawatan Timbalan Pengarah gred 48 yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Timbalan Pengarah Imigresen gred 48 yangb bertugas di KLIA antara 20 lagi individu terbaharu ditahan SPRM malam tadi dalam kes sindiket Op Selat dan dibawa untuk direman ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini. Foto Ihsan: SPRM Putrajaya

Ketiga-tiga pegawai itu berusia antara 38 hingga 54 tahun ditahan lewat petang semalam di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semasa hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Sehingga kini, seramai 53 orang telah berjaya ditahan dalam Ops Selat yang bermula sejak 16 November lalu termasuk 33 orang pegawai Imigresen yang bertugas di KLIA, KLIA 2 dan Bangunan Sultan Ismail Johor Bahru.

Ketiga-tiga pegawai Imigresen yang ditahan SPRM itu dibenarkan direman selama lima oleh majistret Shah Wira Abdul Halim di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Pada masa sama, SPRM turut mengemukakan permohonan untuk menyambung perintah reman ke atas 10 saspek lain dan membebaskan dua orang awam dengan jaminan dengan membenarkan akaun mereka digunakan untuk transaksi rasuah.-MalaysiaGazette

Mengejutkan! Pegawai kerajaan miliki 4 kereta mewah dipercayai upah ‘setting’ kaunter di KLIA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Ini semua hanat petualang bangsat yang menggadai kedaulatan negara. Memang celaka lah tujuh keturunan..!

Comments are closed.