Beberapa orang anggota dan pegawai penyiasat daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial di sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) di Kuala Lumpur ditahan selepas didakwa songlap RM1.6 juta milik peniaga dari China.
Media melaporkan, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur yang menerima maklumat itu telah menahan kesemua polis terlibat.