KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kelihatan seperti hilang sabar dengan tingkah laku rata-rata pembangkang pada sesi menggulung perbahasan Belanjawan 2021 hari ini.

Keadaan Dewan Rakyat yang hiruk pikuk dengan jeritan pembangkang yang tidak berpuas hati dengan setiap jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz merimaskan.

Antara yang begitu lantang serta nyaring ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang jelas sekali tidak berpuas hati dengan dakwaan kononnya pembangkang hanya sekali menyertai sesi perbincangan sebelum belanjawan dibentangkan.

Berkali-kali beliau bangkit bangun membetulkan persepsi tersebut termasuklah menyanggah percakapan Azhar.

“Jangan dakwa ini (Belanjawan 2021) ini adalah hasil perbincangan dengan barisan pembangkang, tidak betul sama sekali,” tegasnya.

Azhar kemudian menenangkan semua pihak untuk lebih banyak bersabar dan mencelah dengan lebih beradab.

“Ini adalah kelakuan yang sungguh memalukan. Kita sedang berbahas bajet tapi tengoklah perangai kita ini. Rakyat sedang tengok kita,” ujarnya.

Terdahulu Azhar seakan hilang sabar dan menjadi kurang senang apabila dirinya di tuduh seperti ‘pilih kasih’ dan tidak bersikap adil dalam menangani wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Tuduhan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Speaker saya minta untuk speaker kawal yang ‘sebelah sana’ juga (barisan wakil rakyat kerajaan). Janganlah bila kita tanya soalan kita asyik diganggu,” dakwanya.

Bagaimanapun Azhar menjadi marah apabila dituduh demikian.

Azhar: Bila saya tidak kawal yang sebelah sana?

Naik Nazmi: Banyak kali.

Azhar: Bila banyak kali itu? (Nada suara dan riak wajah menjadi serius). Saya benarkan semuanya untuk mencelah.

Nik Nazmi: Bila kami digangu, kami dari sebelah sini juga ada hak.

Azhar: Jangan tuduh saya yang bukan-bukan.

Nik Nazmi: Saya cuma minta Speaker untuk kawal keadaan.

Azhar: Tolong jangan tuduh saya yang bukan-bukan.  Apabila sesuatu perkara itu salah maka saya akan tegur, tidak kira siapa. Jangan tuduh saya. Menteri, tolong jawab atau habiskan penggulungan.

Nik Nazmi Nik AhmadSpe

Tengku Zafrul kemudian membuat keputusan untuk tidak benarkan sesiapa untuk mencelah sebaliknya terus menggulung.

Sebentar selepas itu Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 pada peringkat dasar selepas mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen.

Azhar kemudian mengumumkan keputusan itu pada jam 3.28 sebentar tadi sebelum pengangguhan sidang Dewan Rakyat. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. geng2 panKHIANAT…dgn dakwaan Kalau aku tuhan(Hanipa)nabi Muhammad pun Menipu(khalid)nabi adalah pelarian(mat sabu)covid dan kematian pasukan Keselamatan adalah Sandiwara(Muhamdin Ketapi)…dn sokongan dap menyerlahkan lagi kerakusan untuk GILA KUASA….saya ulang saya ulang

Comments are closed.