Afieq Shazwan difitnah dengan isu video bogel di media sosial.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Afieq Shazwan terkilan apabila ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab cuba mencemarkan nama baik dengan menghebahkan konon video bogelnya telah tular di Twitter.

Afieq, 23, berkata, dia terkejut pada mulanya apabila mendapat tahu isu video bogelnya namun hampa apabila pencariannya di media sosial itu gagal menemui gambar tidak senonoh itu.

“Saya ada cari juga di Twitter sebab ramai yang mesej peribadi kata ada video tidak senonoh saya di Twitter tapi bila saya cari tidak jumpa pun.

“Setahu saya tidak pernah lagi saya buat ‘video call’ atau menghantar video yang bukan- bukan kepada sesiapa,” katanya pemilik nama sebenar, Muhammad Shafieq Shazwan.

Bagaimanapun kontroversi tidak mematah semangatnya dalam meneruskan kariernya dalam dunia seni apabila Afieq bakal melancarkan single dan muzik video terbaharunya berjudul Gerak Lu di seluruh saluran digital seperti Joox, Spotify dan lain – lain serta di Youtube rasmi FMC Music bermula esok malam.

“Sebenarnya konsep dan idea muzik video ini sudah ok cuma saya ada menyuarakan pendapat untuk muncul lebih berani dalam muzik video kali ini.

“Saya hendak keluar dengan konsep muzik video yang lebih daring ala barat dan K-pop dan saya minta ada babak di mana menari dan tidak berbaju bersama penari.

“Biar nampak lebih maskulin tetapi malangnya idea tersebut tidak mendapat persetujuan dari pihak syarikat rakaman dan memang saya berkeras sikit waktu itu tetapi lepas itu keadaan menjadi normal semula,” katanya menjawab kontroversi mengenai single tersebut.

Afieq Shazwan akan muncul dengan single keempat berjudul Gerak Lu esok.

Jelas Afieq, sebagai artis, dia perlu berani membuat perubahan berani kerana peminat sekarang lebih menyukai produk baharu yang unik dan trendy.

“Kalau hendak buat biasa-biasa sahaja takut penonton jemu. Tetapi saya tidak kata muzik video ni tidak menarik.

“Cuma kalau hendak tahu apa yang saya buat kenalah tonton Gerak Lu,” katanya.

Sebelum ini, single Lelaki Di Telefon mencatat hampir mencecah 10 juta tontonan di Youtube dan Afieq pernah muncul dengan dua buah single balada berjudul Seandainya dan Darjat yang kurang mendapat sambutan.

“Entah kenapa mungkin rezeki saya lebih kepada lagu-lagu rancak. Bagaimana pun saya tidak akan berputus asa dan akan tetap hasilkan lagu genre balada juga.

“Mungkin belum ada rezeki  untuk saya nyanyikan lagu-lagu balada yang kuat dan dapat melekat di hati pendengar,” katanya.

Gerak Lu hasil ciptaan dan lirik oleh DJ Fuzz, Aziquebeats dan Faezal merupakan single keempat Afoeq yang berentak R&B.

Bercakap tentang lirik lagu Gerak Lu, Afieq berkata, kebetulan lirik lagu ini seperti menyentuh  dengan kisah hidupnya dan ia ditujukan buat seseorang.

“Siapa orang itu biarlah rahsia dan biar dia sahaja yang tahu,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Klu menari terkinja2 lelaki dan perempuan dgn mendedahkan aurat kau panggil “unik dan trendy” maka selayaknya kau di panggil ARTIS BARU BANGANG TERLAMPAU

Comments are closed.