Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Tawau akan kembali beroperasi mulai 1 Disember ini.

Bagaimanapun waktu operasi dihadkan memandangkan Tawau masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut kenyataan LHDN, masa operasi bagi Kaunter Setempat dan Kaunter Duti Setem adalah antara 8 pagi hingga 1 tengah hari setiap Isnin dan Jumaat dan bagi penerimaan bayaran pula sehingga 11 pagi.

Pejabat LHDN cawangan berkenaan ditutup sementara mulai 16 November lalu.

Orang ramai yang pertanyaan serta maklum balas boleh dinyalurkannya kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – MalaysiaGazette