Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen daripada kerajaan, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh hari ini menggelarkan negara Amerika Syarikat sebagai pengganas.

Bercakap di Dewan Rakyat, Nik Zawawi menggesa agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) bertegas dengan negara ‘Uncle Sam’ itu.

Malah katanya, Malaysia tidak seharusnya tunduk kepada negara lain berkaitan isu-isu antarabangsa antaranya berkaitan Kashmir, Palestin dan apa yang berlaku keatas etnik Rohingya di Myanmar.

“Ada pihak yang menuduh Palestin sebagai contoh sebagai pengganas, tanpa mereka menyebut Yahudi yang meroboh dan merampas hak milk rakyat Palestin sebagai pengganas.

“Sebenarnya mereka adalah pengganas, begitu juga yang menyentuh negara-negara kuasa besar. Kadang kala negara-negara kuasa besar ini seperti Amerika Syarikat seolah-olah menjadi raja dalam dunia, apa yang mereka nak buat, mereka akan buat.

“Dia nak serang Sudan, Libya dan mana-mana negara lain dia boleh buat. Jadi sebab itu pendirian Malaysia mesti tegas. Kita menyatakan Palestin itu pengganas tapi Yahudi Israel itu adalah negara pengganas,” katanya ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar untuk Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan 2021) di Dewan Rakyat.

Nik Zawawi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Puteh dalam pada itu menggesa agar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar bangkit menjadi pemimpin kepada negara-negara Islam yang lain.

Malah katanya, Malaysia perlu kembali memainkan peranan dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menjaga kepentingan pengant Islam di seluruh dunia.

“Biarlah kita muncul menjadi sebuah negara yang benar-benar mempunyai kewibawaan dan kita tunjukkan kekuatan kita.

“Sebagaimana Turki dia tidak hirau bagaimana tekanan daripada kuasa besar, dia menyatakan prinsip negara dia dan kita ada kewibawaan negara kita dan mesti mempertahankan kedaulatan negara kita,” katanya lagi.

Nik Zawawi sebelum ini membuat permohonan maaf kepada penganut Kristian dan rakyat Malaysia yang terguris hati dengan ucapan beliau berhubung isu kitab Injil sebelum ini.

Beliau sebelum ini dilaporkan enggan meminta maaf berhubung ucapannya di Dewan Rakyat mengenai kitab Injil “dipesongkan” dan penganut Kristian tidak mempunyai ‘hak untuk tersinggung’. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Negara pengganas No.1 dunia, mereka MEMBUNUH orang2 awam semasa perang Iraq. Negara Assistant Sheriff yang terletak dirantau sebelah sini menduduki carta negara pengganas No.2 kerana tentera2 mereka telah MEMBUNUH orang2 awam Afghanistan?

    Jom sama2 perangi negara PENGGANAS!!!

  2. Tanpa Nama, senang je. Boikot barang buatan Amerika, macam McD, KFC, BurgerKing, Starbucks, Nike yang ko pakai, internet sekali ko kena boikot. Jangan guna kereta atau kenderaan sebab ciptaan Henry Ford dari Amerika. Komen bangang ko sekarang guna pakai Microsoft melalui alam internet ciptaan Pengganas, tolong boikot yea.

Comments are closed.