Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR – Jika Perak boleh buat kenapa Dewan Rakyat tak?

Itu persoalan Pengerusi DAP negeri itu, Nga Kor Ming mengenai kekalahan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri Perak hari ini.

“Saya mahu Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengambil teladan, jika Perak boleh kenapa Parlimen tak boleh?” soalnya dalam sidang media disiarkan secara langsung di Ipoh hari ini.

Menurut Kor Ming, sekiranya Dewan Rakyat melakukan perkara yang sama,  kerajaan bukan lagi digelar kerajaan pintu belakang.

Sebelum ini, beberapa usul tidak percaya dan usul percaya telah dibuat di Dewan Rakyat namun diketepikan Azhar Azizan atas sebab tertentu.

Hari ini kesemua 24 pembangkang mewakili Pakatan Harapan (PH) antara 48 wakil rakyat di Perak menyumbang kepada kekalahan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar.

Kor Ming juga memuji Speaker DUN Perak,  Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid yang mengendalikan proses usul undi percaya itu secara aman dan demokratik.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Saarani gila nk jd MB sbb tu dia mendalangi usul tersebut. Tak pelik ke…ADUN kerajaan x sokong usul yg dibawa oleh wakil kerajaan?. Mmg ada udang disebalik mee maggie sedap dimakan tp x bawa apa2 khasiat. ADUN PKLN HULU betul pendiriannya…sokong usul kerajaan tp 24 ADUN kerajaan yg x sokong usul yg dibawa oleh wakil mereka mmg MUNAFIK dan x boleh dibuat kawan. Sudah sampai masanya rakyar tolak calon2 umno dlm PRU atau PRN 15 nnti sbb mereka semua tak pedylikan rakyat.

  2. Slm,bab undi percya@sebaliknya yg terjdi di PERAK, tu, itu ikut proses demokrasi,hak undng2 membenarkn wakil2 rkyat berbuat demikian,ini krn ada hujjah@alasan yg tertentu yg mungkin kurang memberansangkn mana2 individu tertentu samada boleh mengiktiraf@menolak usul yg di cadsngkn oleh mana2 ahli dewan,inilah isunya,perpaduan,keluhuran perlembgaan amat penting di raei’&di nilai oleh setiap ahli dewan(yb2).apabila percantumn pakatan ddlm mana yb, mahupun parti perlu kokoh,jujur,amanah,jika ada udng di sebalik meee, mcmtula jadinya, @yg bergabung itu bukan di asaskn semngat kepartian, ttapi semngat keresehan emosi sendiri2,gilo jwatan, Rm&sebgainya,akhir syaitan memain peranan menjdi jarum &racun ia menangguk di air yg keruh, makin bertambah keruhla jdinya, retak menanti belah,,….rei’rkyat yg sdg pilu,duk dgn e-ekonomi mereka yg makin parah….. serta isu covid ini…
    والسلام..

  3. Woi…ahli politik…baik diperingjat DUN mahupun MP..
    Agaknya celik jer bijik mata korang…hanya POLITIK,KUASA DN JAWATAN yg korang perjuang dn perdebatkn…apa korang semua dibayar gaji puluhan ribu/ratusan ribu oleh duit dr hasil negara ini hanya utk MELALAK ttg politik jer yea..
    Rakyat yg sedang susah menderita , xde dn dberhentikan kerja , harga barangan keperluan harian naik mendadak , ekonomi negara yg makin merudum (kilang2 dah tutup dn bertambah pengangguran) , rakyat bersengkang mencari nafkah utk kelansungan hidup dlm era pendemik covid19..
    adakah korang kisah sgt… Jawatan , kedudukan , kuasa politik yg korang ahli2 politik di malaysia sdg MENYALAK DN MENGGONGONG….
    INGAT YEA SEMUA POLITIKUS2 DI MSIA INI.. RAKYAT MARHAIN INI SEDANG MELIHAT KORANG SEMUA DGN PENUH JELEK DN JIJIK…..
    IN SHAA ALLAH AKN TIBA WAKTU KORANG DIBALAS SETIMPAL DGN HASIL YG KORANG MAKAN DN BERMEWAH YG KONONNYA GAJI/ELAUN KORANG SBG ADUN/MP…TUNGGU DN RASAKN NANTI…JANJI ALLAH ITU PASTI….

Comments are closed.