TERKINI : Premis Pelaburan Forex Melalui ‘WeChat’ Diserbu! – ACP Razali

SERDANG – Helah sebuah syarikat melantik seorang tenaga pengajar wanita dari China untuk mengajar dan melatih pekerja tempatan dalam kegiatan penipuan pelaburan mata wang akhirnya terbongkar.

Walaupun syarikat berkenaan mendaftarkan perniagaannya sebagai telepemasaran di atas Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) namun modus operandi mereka sebenarnya melakukan pelaburan forex secara haram.