KWSP menutup sementara cawangannya di Pekan berikutan daerah itu diletakkan bawah PKPD selama dua minggu.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan bahawa tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar.

Penjelasan itu merujuk pelbagai laporan media mengenai permohonan untuk memansuhkan semua kriteria dan syarat yang ditetapkan di bawah kemudahan i-Sinar.

“KWSP ingin menyatakan bahawa ia sentiasa mengambil berat terhadap setiap permintaan dan cadangan daripada pihak-pihak berkepentingan,” kata KWSP dalam satu kenyataan hari ini.

KWSP umum kategori, kriteria pengeluaran i-Sinar

Pengeluaran i-Sinar tidak bersyarat, hanya kriteria – KWSP

Menurut KWSP,  setiap proses atau perubahan dasar atau penambahbaikan akan menjalani proses pertimbangan sewajarnya dan dibentangkan kepada Ahli Lembaga KWSP untuk kelulusan.

Berikutan itu, katanya, setiap perkara yang melibatkan isu dasar akan dibawa kepada perhatian dan untuk pandangan Kementerian Kewangan.

“KWSP mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai i-Sinar, namun buat masa ini, tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar,” kata KWSP.

Menurut kenyataan itu lagi, dijangkakan sebahagian besar daripada 8 juta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.

Permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. KWSP, BETUL PEROMPAK BESAR !!! BAGI ALASAN LANGSUNG TIDAK BERMAKNA DAN BODOH !!! LANGSUNG TAK PAKAI OTAK !!! LAGI TERUK DARIPADA BABI !!! SEKARANG BANYAK ORANG TAK MAU I-SINAR TAPI SANGAT PERLU DAN HENDAK BATALKAN KWSP !!! Sebab WANG MASUK SENANG , BILA KELUAR , HAMPIR MATI PUN TAK DAPAT !!!! MASUK TENGOK CANTIK SAHAJA !!! LANGSUNG TIDAK BERMAKNA DAM GUNA !!!

Comments are closed.