Mesyuarat Ahli Majlis CI@UMS diadakan secara atas talian.

KUALA LUMPUR – Pelbagai kerjasama sedang dikenal pasti melalui Institut Confusius
Universiti Malaysia Sabah (CI@UMS) dengan rakan kerjasama dari negara China untuk
dilaksanakan selepas pandemik koronavirus (Covid-19) terkawal.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr Taufik Yap Yun Hin berkata, antaranya termasuk
memperkasa kakitangan akademik dan pelajar melalui program-program latihan.

“Pada ketika ini Ahli Majlis CI@UMS iaitu Changsha University of Science and Technology
(CSUST) dan syarikat CCCC Dredging dalam proses mengenal pasti program-program
latihan dalam bidang industri dan teknikal.

“Ini bermakna kerjasama yang kita akan laksanakan selepas ini bukan hanya
tertumpu dalam bidang pengetahuan terhadap bahasa dan budaya tetapi yang lebih
jauh kerjasama ini juga akan menjurus kepada industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat secara atas
talian dengan Ahli-ahli Majlis CI@UMS yang turut dihadiri CSUST dan CCC Dredging
pada Isnin (7 Disember 2020).

Turut hadir wakil Pengerusi Majlis CI China, Professor Dr. Chiang Changbo; Pengarah
CI@UMS (Malaysia), Prof. Dr Low Kok On; Pengarah CI@UMS (China), Prof Madya
Deng Rong; Pengarah UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Prof. Dr Jualang Gansau;
dan Pengarah Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global UMS, Prof. Dr. Ho Chong
Mun.

Dr Taufik berkata, UMS berharap agar kerjasama yang telah terjalin antara universiti di
China dan UMS akan menjadi lebih rapat dengan meneruskan program mobiliti antara
pelajar dan kakitangan akademik.

“Maknanya selepas pandemik ini mungkin lebih lagi banyak mobiliti berlaku dalam kalangan pensyarah dan juga pelajar kita,” ujar beliau yang juga Pengerusi Majlis CI@UMS Malaysia.

Sementara itu Dr Low Kok On memaklumkan pelbagai aktiviti telah dilaksanakan CI@UMS
sepanjang tahun 2020.

Ujar beliau, ia termasuk kelas Bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar dan kakitangan
dengan kadar bayaran berpatutan.

“Kita turut mempelawa orang ramai khususnya kepada jabatan-jabatan atau agensi yang
terlibat dalam komunikasi dalam bahasa Mandarin seperti agensi pelancongan dan pekerja di lapangan terbang.

“Semasa pandemik ini kita juga telah membuka kelas secara atas talian yang diajar oleh
tenaga pengajar dari negara China,” katanya.ti yang mempunyai Institut Confucius di Malaysia. – MalaysiaGazette