TERKINI : Tidak Sampai Sejam, Syed Didakwa Kes Cabul Pula

Tidak sampai sejam didakwa kes seks luar tabie, pendakwah selebriti, Da’i Syed kemudiannya didakwa lagi di atas pertuduhan kedua iaitu mencabul.

Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Pertuduhan itu memperuntukan hukuman penjara 10 tahun jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berusia 25 tahun itu mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kesian plak tgok Syed.. mungkin ini dugaan dia utk lebih dewasa,semoga Syed dpt kekuatan utk kehidupan yang akan dilalui dimasa hadapan

Comments are closed.