KUALA LUMPUR – Honda Malaysia mengumumkan ‘All-New City 12.12 Special Sales’ dengan rebat bernilai RM2,000 telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Lanjutan itu untuk memberi lebih banyak masa kepada pelanggan membuat tempahan dan mendapat rebat istimewa.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, sejak ‘All-New City 12.12 Special Sales’ dilancarkan, Honda menghantar hampir 5,800 unit kepada pelanggan di seluruh negara.

Sehingga kini lebih daripada11,100 tempahan untuk All-New City dan ‘All-New City 12.12 Special Sales’.

”Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyart ditarik balik 7 Disember 2020, ramai pelanggan mahu mengunjungi jurujual kami untuk menguji kereta ini.

“Lantaran itu kami melanjutkan jualan khas ini sehingga akhir tahun bagi memastikan lebih ramai pelanggan menikmati rebat,” ujarnya sambil mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan luar biasa terhadap Honda. – MalaysiaGazette