Home Pendapat Jenayah perang tentera Australia, ICC perlu ambil tindakan segera

Jenayah perang tentera Australia, ICC perlu ambil tindakan segera

Bagaikan mimpi ngeri, dianggarkan lebih 16,000 rakyat Afghanistan tidak berdosa maut dalam pertempuran yang tercetus sejak dua dekad lalu dan ia dilihat seperti tiada penghujungnya. - Gambar hiasan.

KEHADIRAN tentera asing ke bumi Afghanistan sejak tahun 2001 kononnya ingin membantu mempertahankan tanah air mereka dari anasir militan hanyalah sekadar sandiwara semata-mata.

Bagaikan mimpi ngeri, dianggarkan lebih 16,000 rakyat Afghanistan tidak berdosa maut dalam pertempuran yang tercetus sejak dua dekad lalu dan ia dilihat seperti tiada penghujungnya.

Persoalannya kini, adakah rakyat Afghanistan yang maut itu terlibat secara langsung dalam pertempuran atau sekadar menjadi mangsa jenayah perang yang diadu domba oleh negara Barat?

Terbaharu, media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya 39 warga Afghanistan dibunuh anggota pasukan khas Australia ketika keberadaan kumpulan elit itu di negara berkenaan.

Lebih menyedihkan, laporan itu turut menyebut askar membunuh seorang kanak-kanak berumur 6 tahun semasa serbuan di rumah, dan seorang banduan ditembak mati supaya dapat menjimatkan ruang dalam helikopter.

Bawa ke muka pengadilan

Bagi Pakar Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Azmi Hassan berpendapat mereka yang bersalah harus dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bukan mengikut lunas undang-undang Australia.

Dr Azmi Hassan.

“Biar pun kerajaan Australia telah memecat 25 anggota tentera yang terlibat dalam salah laku itu tetapi dalam hal ini, ICC harus memainkan peranan membawa mereka yang bersalah ini ke muka pengadilan peringkat atarabangsa agar nasib rakyat Afghanistan yang menjadi mangsa ini terbela.

 

“Tindak tanduk yang dilakukan tentera elit itu terhadap warga Afghanistan memperlihatkan nyawa masyarakat berkenaan tidak penting di mata mereka. Ini sesuatu yang menyedihkan dan disebabkan itu tindakan tegas perlu diambil segera oleh ICC,” katanya.

Dianggarkan, lebih 26,000 askar Australia dihantar ke Afghanistan untuk melawan Taliban, Al-Qaeda dan kumpulan Islamis lain, bersama tentera Amerika Syarikat dan rakannya susulan serangan keganasan 11 September 2001.

Pasukan Australia meninggalkan negara itu pada tahun 2013 tetapi sejak itu beberapa siri dakwaan kelakuan kejam dilontarkan kepada unit pasukan khas.

Kospirasi Tentera

Selain itu, Azmi tidak menolak kemungkinan jenayah perang ini merupakan konspirasi melibatkan pasukan tentera Australia dan tidak melibatkan pemerintah negara itu.

“Sememangnya dalam laporan siasatan Australia dinyatakan secara terperinci wujud konspirasi dalam kalangan anggota tentera itu sendiri.

“Kumpulan tentera ini menyimpan kemas rahsia yang terjadi lebih lima tahun lepas itu dan saya yakin pihak tertinggi pasukan khas Australia pada ketika itu sedia maklum perkara ini, namun tiada tindakan yang dilakukan,” katanya.

ASEAN perlu bersuara

Sehubungan itu, Azmi berkata, negara- negara ASEAN seharusnya mengeluarkan kritikan dengan mengutuk tindakan tentera Australia terhadap rakyat Afghanistan itu.

“Pada pendapat saya, dalam hal ini, mungkin pada tahun hadapan di sidang kemuncak ASEAN dimana Australia akan hadir juga, seketariat ASEAN boleh bersuara dengan menyatakan pendirian terhadap jenayah perang ini.

“Kita mahu ia dijadikan iktibar agar jenayah perang di seluruh dunia dapat dihentikan dan nasib rakyat Afghanistan terus terbela serta tidak terus dihantui ketakutan,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Denis Michael Rohan (born 1 July 1941) was a Christian Australian citizen who, on 21 August 1969, set fire to the pulpit of the Al-Aqsa mosque, in Jerusalem? From Wikipedia

    Penjenayah yang menembak MATI jemaah2 masjib di N Zealand baru2 ini juga dikatakan rakyat Australia?

    Terbaharu, media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya 39 warga Afghanistan dibunuh anggota pasukan khas Australia ketika keberadaan kumpulan elit itu di negara berkenaan.

    Pengganas2/negara ini perlu segera diheret kemuka pengadilan antarabangsa!

Comments are closed.