LONDON – Manchester United berkongsi mata mata dengan ketika menentang Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berkesudahan tanpa jaringan pada awal pagi ini.
Tidak seperti Miguel Almiron yang berjaya meledak gol ketika 20 saat permainan bermula yang menyaksikan Newcastle menewaskan West Bromwich Albion 2-1.
Ole Gunnar Solskjaer berdepan pemecatan selepas United tersingkir saingan Liga Juara-Juara dengan kekalahan di tangan Leipzig pada pertengahan minggu lalu.
Pengurus United yang terdesak untuk memperoleh keputusan yang lebih baik dalam pertembungan tetangga City untuk memenangi semula sokongan.
Sungguhpun Paul Pogba berada dalam senarai kesebelasan utama, United terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri yang menyaksikan pasukan itu berada di tangga ketujuh liga.
United hanya menang satu daripada empat perlawanan terakhir mereka dalam semua kejohanan dan hanya mencatat satu kemenangan di Old Trafford dalam saingan Liga Perdana musim ini.
“Ketika saya berdepan City, ia adalah persembahan terbaik kami lalui. Bukanlah keputusan yang bagus, tapi persembahan terbaik.
“Ia adalah cabaran dari segi mental apabila ia berlaku kepada anda (tersingkir Liga Juara-Juara).
“Secara taktikal kami tahu mereka akan memberikan kami beberapa masalah namun pertahanan kami lebih baik. Kami gagal mencipta ruang sebanyak yang kami mahukan”, kata Solskjaer.
City kurang bernasib baik berbanding lawannya dan skuad Pep Guardiola berada satu tangga di belakang United dalam carta liga.
Bagaimanapun, City tidak berdepan tekanan besar apabila tidak mencatat kekalahan dalam enam perlawanan berturut-turut di semua kejohanan untuk menyamai rekod kelab.
Berikit keputusan Liga Perdana Inggeris:
Manchester United 0 – 0 Manchester City
Newcastle 2 – 1 West Brom
Wolves 0 – 1 Aston Villa
Everton 1 – 0 Chelsea – MalaysiaGazette