Ketua AMK Akmal Nasir bertemu dengan Presiden PKR dan Setiausaha Agung parti itu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Parlimen hari ini.- Gambar Twitter Akmal.

KUALA LUMPUR – Selepas membisu sejak tular tangkap layar perbualannya tersebar – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasir hari ini bersemuka dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan itu diadakan di Parlimen, kata Akmal menerusi ciapan di Twitternya.

Beliau telah memberi penjelasan terhadap kekhilafan yang berlaku sebelum ini.

“Alhamdulillah, saya telah bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini. Saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan kekhilafan yang berlaku dan beliau berharap isu ini tidak diperpanjangkan lagi,” ciap Ahli Parlimen Johor Bahru itu.

Beliau turut memuat naik gambar bersama-sama dengan Anwar dan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Akmal dalam masa yang sama menyampaikan pesanan Anwar agar ahli PKR bergerak terus ke hadapan melaksanakan reformasi meskipun wujud perbezaan antara satu sama laun.

“Kita Keadilan adalah satu keluarga. Perbezaan sesama kita perlu diraikan selagi perbezaan itu bernaung di bawah prinsip dan idealisme reformasi,” tambahnya.

Akmal baru-baru ini berdepan dengan gesaan supaya meletakkan jawatan selepas perbualannya dengan beberapa pimpinan AMK tular di media sosial.

Perbualannya itu dikatakan berbentuk kritikan terhadap Anwar.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast