IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah berkenan menerima menghadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Istana Kinta di sini, esok.
Ahli Dewan Negara negeri Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini yang mengesahkan hal itu kepada Bernama melalui WhatsApp berkata Abdul Hadi dititah menghadap Sultan Nazrin pada pukul 11 pagi, esok (15 Dis).
Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang pada 10 Dis lepas telah mengutus warkah kepada Sultan Nazrin memohon untuk menghadap baginda bagi menyembah maklum suasana politik yang melibatkan PAS.
Selain Razman yang juga ADUN Gunung Semanggol, dua lagi wakil rakyat PAS Perak terlibat ialah Mohd Akmal Kamarudin (Selama) dan Mohd Khalil Yahaya (Kubu Gajah).
Dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini, Razman dan Mohd Akmal dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
— BERNAMA