Joe Biden dikatakan akan memilih bekas pesaingnya calon presiden dari parti Demokrat, Pete Buttigieg memimpin Jabatan Pengangkutan.- Gambar DailyMail.

WANGSHINTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dikatakan akan memilih bekas pesaingnya calon presiden dari parti Demokrat, Pete Buttigieg memimpin Jabatan Pengangkutan.

Buttigieg, 38, bekas senator South Bend, Indiana menjadi golongan gay pertama yang dicalonkan untuk pentadbiran Biden dan jika disahkan beliau menjadi setiausaha Kabinet LGBT pertama yang diluluskan oleh Senat Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun menurut sumber, ia belum disahkan daripada kedua-dua pihak, menurut laporan DailyMail.

Buttigieg sebagai Setiausaha Pengangkutan AS akan menggunakan latar belakangnya dalam urusan bandar dengan mengawasi agensi persekutuan yang luas yang mengawasi sistem lebuh raya, perjalanan udara dan transit di negara itu.

Selain itu, menurut sumber, Biden juga dijangka memilih bekas Gabenor Michigan, Jennifer Granholm sebagai Setiausaha Tenaga AS.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast