Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases deaths Malaysia
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Tujuh lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat wabak itu meningkat kepada 429 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat pertambahan kes baharu iaitu sebanyak 1,295 dengan 1,285 merupakan kes penularan tempatan manakala 10 lagi kes import.

“Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia kini menjadi 87,913 kes dengan yang aktif adalah sebanyak 14,751 kes.

“Daripada jumlah kes aktif itu 113 daripadanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 53 kes lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19, di kementeriannya di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut Noor Hisham lagi, sebanyak 1,052 kes dilaporkan sembuh dan dibenarkan discaj dan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih daripada Covid-19 iaitu 72,733 kes. – MalaysiaGazette