KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng menyifatkan kerajaan tidak sensitif dan tiada perasaan apabila memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan feri Pulau Pinang selepas 126 beroperasi.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, langkah itu akan membuang keseronokan pergi ke Pulau Pinang dengan cara tradisional, sedangkan George Town adalah sebuah bandar Warisan Dunia UNESCO.
Menurutnya, sebelum ini Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memindahkan perkhidmatan feri kepada Penang Port Sdn Bhd daripada Prasarana Berhad supaya perkhidmatan feri dapat dikekalkan dengan pembayaran tunai sebagai insentif.
Ini kerana, bukan sahaja warga tempatan gemar menggunakan perkhidmatan feri ini tetapi juga warga asing untuk berulang-alik ke Pulau Pinang.
Untuk menyelamatkan feri ini, katanya, Kerajaan Pulau Pinang telah menawarkan untuk mengambil alih keseluruhan perkhidmatan pada tahun 2015 tetapi cadangan tersebut ditolak oleh Kementerian Pengangkutan pada tahun berikutnya walaupun kementerian itu tidak menanggung perbelanjaan terlibat.
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, ini bukan kali pertama warga negeri itu dikhianati oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Malah, RM100 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 untuk membina kereta kabel di Bukit Bendera juga dimansuhkan.
Jaminan pinjaman bank yang dijanjikan oleh Kerajaan PN sebelum ini untuk membina LRT bagi mengatasi kesesakan lalu lintas yang tenat di Pulau Pinang dan Seberang Perai juga dibatalkan.
Oleh itu, katanya, DAP mendesak Kementerian Pengangkutan ada rasa belas kasihan, tidak mengabaikan negeri Pulau Pinang dan menamatkan perkhidmatan feri ikonik.
Ujarnya, banyak negara asing masih mengekalkan perkhidmatan feri asal walaupun mungkin tidak bersifat ekonomi tetapi nilai intrinsik dan nilai tidak ketara kepada warisan dan sejarah.
Menurut Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, perkhidmatan feri itu akan berhenti operasi mulai 1 Januari tahun depan.
Ia akan digantikan dengan bot laju yang hanya membawa pejalan kaki, basikal dan motosikal. – MalaysiaGazette
Kerajaan terlalu mementingkan keuntungan. Sepatutnya perkhidmatan feri dikekalkan dan diberi penambahbaikan. Lihat di Hong Kong, perkhidmatan feri yang sama dikelalkan sehingga kehari ini. Perkhidmatan ini tidak menguntungkan tetapi sebagai tarikan pelancungan dan warisan masa silam, ianya dikekalkan. Kalau kita hanya fikirkan duit, duit dan duit sahaja, semuanya akan dimusnahkan. Kita tunggu pula perkhidmatan beca akan dimansuhkan kerana alasan mengganggu aliran trafik dan mengundang kesesakan.
Tak payah nak kaitkan dgn Bukit Bendera. Bukit Bendera telah diserahkan DAP kpd syarikat Habitat, sebuah syarikat swasta. Maka sepatutnya syarikat swasta yg bina kereta kabel mcm di Genting. Bukanya depa ambil untung kerajaan kena bayar. Sama lah juga dgn jaminan kerajaan utk buat LRT. Pembinaannya adalah oleh PH adalah utk mudahkan syarikat yg dapat untung dlm penambakan laut di Gurney. Syarikat ini diberikan tanah berbilion ringgit utk buat terowong, tapi sampai laaa ni habuq pun tak dak…Bercakap psl ferri, kerajaan Pulau Pinang kan banyak duit? Buatlah ferri sendiri! lagi pun dah nak bina terowong dasar laut kan? tak payah nak nostalgik sangatlah…hang ni merepek laaa