Tun Rahah Mohammad Noah.

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memutuskan supaya Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah Mohamed Noah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara.

Jenazahnya akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara esok, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan malam ini.

“Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan seluruh ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarhamah Tun Rahah.

Muhyiddin turut menziarahi Tun Rahah semasa menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini semalam.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast