Pengurus Schalke dipecat selepas 79 hari mengendalikan pasukan tercorot Bundesliga Jerman itu.

BERLIN – Manuel Baum hanya mampu bertahan selama 79 hari sebagai Pengurus Schalke sebelum dipecat secara mengejut oleh pengurusan tertinggi kelab Bundesliga itu semalam.

Kekosongannya akan diisi Huub Stevens yang akan mengemudi kelab tercorot liga tanpa kemenangan dalam 28 perlawanan setakat ini.

Baum yang merupakan pengurus ketiga dilantik musim ini menggantikan David Wagner pada September lalu namun hanya bertahan untuk 10 perlawanan tanpa sebarang mata.

Steven, 67, legenda Jerman pernah membimbing pasukan itu menjulang Piala Uefa pada 1996/97.

Steven pernah mengemudi Schalke pada Mac 2019 selepas pengurus pasukan ketika itu Domenico Tedesco dipecat dan membantu pasukannya menewaskan Borussia Dortmund 4-2 dan terselamat daripada tersingkir.

“Saya mengambil pendirian tidak kembali semula ke kelab ini (Schalke) namun hati saya masih bersama kelab ini.

“Apabila kelab memujuk saya pada waktu kritikal ini saya tidak boleh menolak rayuan mereka yang mahu kelab in diselamatkan sekali lagi daripada disingkirkan dari carta liga utama,” katanya.

Aksi malam ini menentang Arminia Bielefeld dibarat bagai ujian asid bagi mencatatkan kemenangan pertama musim ini. – MalaysiaGazette