Negara Mexico tidak senang dengan cara vaksin Covid-19 diuruskan sambil mendakwa prosesnya mengutamakan negara kaya danl meninggalkan negara miskin.- Gambar hiasan,

LONDON – Jangkitan koronavirus global melepasi angka 75 juta pada hari Sabtu, menurut laporan Reuters, ketika beberapa negara di seluruh dunia sudah mula menjalankan program vaksinasi.

Britain menjadi negara Barat pertama yang mula melakukan imunisasi dengan vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh Pfizer dan dengan rakan kerjasama, BioNtech, diikuti oleh Amerika Syarikat yang juga telah meluluskan vaksin dari Moderna.

Terdapat 18.65 juta kes baharu bulan lalu, kes paling tinggi dilaporkan selama 30 hari sejak wabak itu bermula.

Eropah kekal dengan kes tertinggi di rantau ini dengan 21.6 juta kes – diikuti oleh Amerika Utara dengan 17.9 juta, Amerika Latin dengan 14.5 juta dan Asia 13 juta.

Malah, di Eropah, sejuta kes baharu dicatat hanya dalam masa lima hari, dengan Rusia dan Perancis melaporkan lebih daripada 2 juta kes sejak wabak koronavirus bermula.

United Kingdom dan Itali masing-masing merekodkan kira-kira 1.9 juta kes.

Amerika Syarikat menjadi negara pertama di dunia yang mencatatkan lebih daripada 300,000 kematian pada hari Isnin lalu.

Negara ini melaporkan lebih daripada 2,500 kematian setiap hari, menurut analisis data Reuters bermula tujuh hari sebelumnya.

Hospital di seluruh Amerika Syarikat telah mula memberikan suntikan pertama vaksin Pfizer-BioNtech.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara dengan kes terbanyak – lebih daripada 17 juta sejak wabak itu bermula – diikuti oleh India dan Brazil.

Dengan hanya 4% populasi dunia, Amerika Syarikat merekodkan sekitar 23% dari semua kes Covid-19 global.

Brazil mencatat satu hari 70,000 kes baharu pada hari Rabu, bergabung dengan Amerika Syarikat dan India sebagai satu-satunya negara yang telah melaporkan lebih daripada 7 juta jumlah jangkitan.

Dengan hampir 180,000 kematian yang disahkan, negara Amerika Selatan mempunyai jumlah kematian kedua tertinggi di dunia.

Pada hari Sabtu, India merekodkan lebih 10 juta jangkitan koronavirus.

India telah menyediakan 600 juta dos vaksin Covid-19 kepada penduduk yang paling rentan dalam enam hingga lapan bulan lagi. – MalaysiaGazette