Bakal Presiden AS, Joe Biden menerima dos vaksin COVID-19 di Hospital ChristianaCare Christiana, di Newark, Delaware, pada 21 Disember 2020. (Foto: REUTERS / Leah Millis)

WASHINGTON – Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menerima vaksin Covid-19 semalam.

Biden diberikan vaksin Covid-19 yang dihasilkan daripada Pfizer BioNTech, yang memerlukan dos selama dua minggu untuk mencapai keberkesanan 98 peratus.

Beliau menerima suntikan vaksin secara terbuka dalam usaha merangsang keyakinan ralyat negara itu terhadap keselamatan vaksin baharu tersebut.

“Kami terhutang budi dengan orang-orang di sini”, katanya selepas mendapat vaksin Covid-19 di Hospital ChristianaCare di Newark, Delaware.

Biden yang disenaraikan dalam kategori umur berisiko tinggi untuk dijangkiti Covid-19 mendapatkan pandangan daripada pakar A.S., Anthony Fauci sebelum menerima suntikan vaksin.

Namun, masih tidak jelas bila Biden akan menerima dos kedua.

“Saya menantikan dos kedua, begitu juga Jill.” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast