KUALA LUMPUR – Tiga orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) diusir selepas didapati cuba memasuki negara menerusi sempadan Indonesia.

Menurut kenyataan Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia Kem Lok Kawi di Kota Kinabalu, cubaan untuk menyeludup masuk negara di kesan pada jam 5.20 petang semalam.

Salah seorang daripada tiga PATI itu adalah bayi berusia tujuh bulan.

Kejadian berlaku di sektor OP Benteng kawasan tanggungjawab Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Briged) yang beroperasi di kawasan Serudong,Tawau, Sabah.

Laporan polis turut dibuat di Balai Polis Kalabakan untuk siasatan lanjut. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.