Tan Sri Dzulkifli Ahmad. Foto FAREEZ FADZIL, 05 DISEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Syarikat yang dikatakan terlibat dengan isu kartel import daging perlu memberikan respon segera untuk meredakan keresahan masyarakat.

Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, jika tidak ia akan menaikkan kemarahan rakyat.

“Syarikat yang dikatakan terlibat perlulah segera menafikan penglibatan mereka sekiranya syarikat dan jenama daging yang dikatakan tersebut tidak benar untuk meredakan keresahan dan kemarahan masyarakat.

“Kerajaan pula tolonglah segera bertindak,” ujarnya dalam ciapan Twitternya hari ini.

Sejak kebelakangan ini tular isu kartel daging import haram yang membimbangkan umat Islam di negara ini sehingga pelbagai desakan meminta kerajaan bertindak tegas berkenaan isu berkenaan.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Daging di Malaysia tidak cukup, walhal tanah ladang punya lah luas, dari Sabah sampai Perlis banyak ladang2. Atau kenapalah Indonesia tidak buat penternakan yang besar di kalimantan. Kenapa kita masih mengaharap negara Non Muslim seperti India dan Australia yang membekalkan daging.

Comments are closed.