Sasha Saidin menjadi rakyat Malaysia pertama yang menerima suntikan vaksin Covid-19. - Gambar Twitter Shasha.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Shasha Mohd Saidin menjadi rakyat Malaysia pertama yang menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menerusi Instagram, ahli kumpulan Elite itu menyatakan beliau dan suaminya telah menerima mendapat suntikan dos pertama vaksin jenis Sinopharm.

Melalui perkongsian tersebut, beliau berkata, suntikan itu diterima beliau ketika berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Kami mengambil keputusan untuk suntikan vaksin jenis Sinopharm kerana keberkesanan sebanyak 86 peratus setelah mendengar khabar tentang mutasi terbaharu Covid-19,” ciap beliau di laman sosialnya hari ini.

Pelakon berusia 44 tahun itu memberitahu, beliau dan suaminya Sirhan Wahab memilih vaksin jenis itu kerana keberkesanannya namun, suntikan jenis Pfizer lebih tinggi iaitu 96 peratus tetapi masih belum boleh dapat diperolehi di negara itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast