KUALA LUMPUR – Ahli Perlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menunaikan janjinya untuk membotakkan kepala apabila sasaran kempen mengutip sumbangan membeli 100 buah komputer riba berjumlah RM200,000 untuk kawasan parlimennya tercapai.

Beliau berkata, tidak mempunyai rambut hanya sementara namun bantuan yang disumbang itu adalah untuk jangka masa panjang.

Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, idea membotakkan kepala tercetus ketika beliau mengadakan lampas minda dengan rakan-rakan setelah mendapati tidak mempunyai peruntukan pada tahun depan disebabkan menjadi pembangkang.

“Ini salah satu ideanya (botakkan kepada). Mereka tanya apa yang betul betul sayang. Botakkan (kepala),” katanya ketika membotakkan kepala yang siarkan secara langsung oleh Astro Awani.

Syed Saddiq berkata, beliau sudah menjangka akan membotakkan kepada apabila berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM61,000 pada hari pertama kempen itu dilancarkan.

“Tak sampai 24 jam dah cecah RM61,000, penderma sumbang kecil dan ini menunjukkan rakyat Malaysia bila nak bantu mereka akan bantu.

“Ini bukan kerana saya tetapi mereka prihatin, tak kenal pun penderma dan sumbangan bukan penderma dari Muar sahaja tetapi di tempat lain,” ujarnya.

Kempen beliau bukan sahaja mendapat perhatian umum, malah Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut menyumbang sebanyak RM300,000.

Syed Saddiq berkata, beliau akan bermesyuarat selepas membotakkan kepala pada malam ini dan pulang ke Muar esok. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Lepas ni boleh tak yb syed saddiq tolong kutip derma utk membaiki padang bola sepak di kampung sy?..iya lah nanti rambut tumbuh boleh botakan lagi untuk kutip derma sebab kalau sy yg botakan kepala memang tk ada yg nk bagi derma…

Comments are closed.